Deals
Bukan senang nak mendidik anak kita dari kecil supaya menjadi anak yang soleh. “Bukan senang” yang saya maksudkan ialah, ianya merupakan satu tugas yang mencabar. Namun, perlu diingatkan bahawa bukan setakat kita sahaja yang perlu mendidik anak-anak kita supaya menjadi soleh & solehah, tetapi kita sendiri sebagai seorang anak,; juga perlu menjadi seorang yang soleh & solehah.
“Didiklah anak-anakmu dan perbagus adab mereka” (HR. Ibnu Majah)
10 CIRI-CIRI ANAK YANG SOLEH
1.Mempunyai iman @ aqidah yang sempurna.
2.Beramal soleh (mengamalkan perintah Allah S.W.T)
cth : sentiasa menunaikan solat,puasa, membelanja wang ke jalan Allah,berpakaian secara Islam,bergaul secara Islam dan sentiasa memastikan makanan dan minuman dari yang halal.
3.Menghormati Ibubapa,guru, orang tua,jiran & kawan.
4.Rajin beribadat kepada Allah S.W.T dan berdoa kepada-Nya.
5.Mempunyai kesedaran dan tanggugjawab beragama.
6.Sentiasa berdoa kepada ibubapa samada yang masih hidup @ telah meninggal dunia.
7.Memiliki akhlak @ moral yang baik.
8.Rajin belajar dan membaca serta tekun dalam pekerjaan/pembelaja ran dan memiliki sifat tidak putus asa.
9.Berusaha dan bertawakal kepada Allah S.W.T.
10.Ikhlas,yakni melatih diri melakukan sesuatu tugas dengan ikhlas kerana Allah S.W.T.
Latest News